[EVENT] Burger Percuma Yazid Burger

0 comments

EVENT : BURGER PERCUMA PADA 20 NOVEMBER 2012,SELASA BERMULA JAM 6:00 PM - 7:00 PM - TERHAD 100 PELANGGAN PERTAMA - PENGAMBILAN DI CAWANGAN PERTAMA YB

20 NOVEMBER 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan dan penggemar Yazid Burger

Kami dengan rasa berbunga hati dengan ini mengedarkan 100 BURGER PERCUMA kepada pelanggan Yazid Burger

Syarat-syarat :
  1. Burger Percuma hanya sah pada 20 November 2012
  2. Tarikh pengambilan bermula dari 6.00 PM sehingga 7.00 PM (Extend jika burger percuma belom habis)
  3. Terhad kepada 100 BURGER sahaja
  4. Pengambilan hanya di cawangan pertama Yazid Burger sahaja 
  5. Terhad 1 kepala 1 burger
Tunggu apa lagi,jangan berlengah...Mari dapatkan burger percuma dari kami

YB : PROMOSI AKHIR TAHUN

0 comments

PROMOSI : DISKAUN BURGER YB SEHINGGA PENGHUJUNG NOVEMBER

Tarikh Kemasikini : 20/11/2012


20 NOVEMBER 2012

Assalamualikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung dan penggemar Yazid Burger.

Kami dengan rasa hati yang terbuka ingin memberi diskaun Burger YB (250g,500g dan 1KG) kepada semua pelanggan setia Yazid Burger.Promosi ini bermula pada hari ini (20 November 2012) sehingga 30 November 2012.

Sehubungan itu :
  1. 100 pelanggan pertama (bermula 12:00 PM hari ini) yang membeli Burger YB akan mendapat 20% diskaun
  2. Pelanggan seterusnya akan mendapat 10% diskaun untuk setiap pembelian Burger YB

Syarat-syarat :
  1. Diskaun hanya pada pembelian Burger YB sahaja (250g sehingga 1000g)
  2. Diskaun ini tidak sah pada pembelian produk lain seperti chicken chop,etc

Untuk pengumuman :
  1. Pengiraan untuk 100 pelanggan pertama hanya dikira jika pelanggan membeli Burger YB.
  2. Untuk pembelian produk lain,pengiraan tidak akan dimasukkan.
  3. Jika pelanggan membeli Burger Yb dan termasuk produk lain,pengiraan akan dikira

 Sehubungan itu, setiap pembelian Yazid Burger, RM 1.00 daripada setiap pembelian akan kami kumpulkan untuk bantuan/tabung GAZA.Bersama lah kita membantu saudara-saudara kita di GAZA dengan membeli produk Burger YB

[EVENT] Pertandingan Makan Burger Besar November 2012

0 comments

PERTANDINGAN MAKAN BURGER BESAR NOVEMBER 2012



NOVEMBER 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelanggan Yazid Burger.

Kami ingin mengumumkan akan mengadakan pertandingan makan burger besar Yazid Burger bagi bulan November 2012.

Objektif :
  1. Kami mencari peserta yang mampu hadapi cabaran menghabiskan burger 1.5KG (semasa ditimbang) dalam masa 30 minit
  2. Kami mencabar keupayaan anda (bagi sesiapa yang tahap seleranya tinggi) untuk menghabiskan dalam waktu yang diberi
  3. Kami mencari peserta untuk bertanding di Grand Final King Size Yazid Burger (akan diumumkan kemudian)
  4. 15 orang diperlukan untuk ke FINAL.Current winner : 1

Syarat-syarat Peserta :
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun dan keatas
  3. Mempunyai rekod kesihatan yang baik
  4. Daya cabaran yang tinggi

Pendaftaran :
  1. Peserta baru.Sila SMS ke 019-6888709 :
    • Nama (SMS)
    • No kad pengenalan (SMS)
    • No telefon (SMS)
    • Wang pendaftaran RM 30.00 (Sila bawa semasa hari pertandingan)
    • Tarikh akhir pendaftaran 23 November 2012
    • Pendaftaran sekali seumur hidup

Tarikh, Waktu Dan Lokasi :
  1. Tarikh : 25 November 2012 Ahad
  2. Waktu Berkumpul :  04.00 PM
  3. Waktu Pertandingan : 05.00 PM
  4. Lokasi : Medan Selera Anjung 7 Seksyen 7 Shah Alam.Sila rujuk disini (Lihat Cawangan Utama)

Syarat-syarat Pertandingan :
  1. Masa yang diberi : 30 Minit
  2. Berat burger : 1500g / 1.5 kg
  3. Peserta mesti menghabiskan dalam masa yang ditetapkan
  4. Peserta digalakkan membawa bersama rakan-rakan
  5. Tiada bantuan dibenarkan.Sebarang bantuan (semasa pertandingan), penyertaan anda terbatal
  6. Jika tidak berjaya menghabiskan dalam tempoh yang diberi, peserta boleh bungkus atau makan bersama rakan-rakan
  7. Peserta dibenarkan membawa bekalan minuman sendiri
  8. Peserta dibenarkan menggunakan apa sahaja teknik untuk menghabiskan burger
  9. Peserta digalakkan berpuasa sebelum pertandingan

Kemudahan Disediakan :
  1. Sudu
  2. Garpu
  3. Pisau
  4. Gelas
  5. Air mineral 1.5 Liter
  6. Tuala kecil
  7. Tisu

Tentatif :
  1. 4.00 PM - 4.45 PM  Ketibaan peserta
  2. 4.45 PM - 5.00 PM  Peserta bersedia dan mengambil tempat.Burger dihidangkan
  3. 5.00 PM - 5.30 PM  Pertandingan dimulakan (30 Minit sahaja)

Hadiah Kepada Pemenang :
  1. Pemenang secara automatik akan layak ke Grand Final King Size Yazid Burger
  2. T-Shirt Eksklusif Yazid Burger
  3. Percuma 1KG Yazid Burger (Boleh claim bila-bila masa.Sekali sahaja)

Notis :
  1. Pihak penganjur berhak mengubah syarat-syarat pertandingan tanpa sebarang notis
  2. Peserta wajib mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur

TUNGGU APA LAGI...MARI CABAR DIRI ANDA..DAFTARLAH SEKARANG
TARIKH TUTUP : 23 NOVEMBER 2012
PEMENANG SETAKAT INI : 1
PEMENANG MEI 2012

Menu Baru [NEW MEXICAN MENU] HOT

0 comments

Click Image For Large View
  

5 NOVEMBER 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua penggemar Yazid Burger.

        Kami ingin mengumumkan berita baru kepada anda semua bahawa kami telah menyediakan menu baru.Ya menu ala-ala "MEXICAN". Menu baru kami ini telah dikeluarkan bermula 5 November 2012

        Antara menu baru yang kami perkenalkan : 
  1. Drumstick      RM 8.00
  2. Meatball        RM 7.00
  3. Chicken Wing      RM 5.00
  4. Burritos     RM 5.00
  5. Sandwich    RM 5.00
       Kami juga telah mengawalkan waktu perniagaan kami.Waktu operasi ialah dari jam 12.00 PM - 11.00 PM. Sekarang anda semua boleh menikmati kelazatan hidangan Yazid Burger pada waktu tengahari.

       Jangan risau, anda juga boleh menikmati burger YB pada waktu tengahari juga.Menu terbaru kami hanya terdapat di cawangan utama sahaja. Untuk senarai cawangan dan waktu operasi, anda boleh rujuk disini.

       Jangan berlengah lagi, marilah mencuba menu terbaru Yazid Burger. Ajak kawan-kawan anda untuk turut merasa kenikmatan resepi kami

 
  • Yazid Burger Bakar © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes