Menyingkap Sejarah Burger Dunia

Pendahuluan


Jerman adalah negara pertama di dunia yang menggunakan perkataan "Burger" semasa Perang Dunia II. Bahan asas yang biasa digunakan oleh tentera Jerman pada masa itu ialah roti dan potongan daging. Menu sederhana ini dapat memberikan tenaga yang mencukupi seperti protein, karbohidrat dan kalsium untuk terus hidup di medan pertempuran. Mereka harus melakukan perjalanan yang jauh dan menjelajah banyak Negara di Eropah untuk menakluk semua sumber-sumber yang penting seperti makanan, mineral, minyak, dan kayu untuk memenuhi keperluan angkatan tentera mereka. 

Selepas tamat Perang Dunia II,  Amerika Syarikat menjadi pemimpin dalam perdagangan ekonomi di seluruh dunia dan mengakibatkan makanan segera telah berkembang dengan lebih pesat. Makanan burger adalah yang paling popular di Amerika Syarikat kerana ia adalah sama dengan sandwich yang mereka selalu makan untuk menu sarapan harian mereka. Bahan-bahan yang digunakan lebih estetik kerana mereka meletakkan lebih banyak sayur-sayuran seperti salad, bawang, tomato dan timun untuk memberi khasiat yang tinggi dalam diet harian. Di samping itu juga mereka menambah perasa yang menarik seperti sos tomato, mustard, mayonis, dan keju untuk menarik minat golongan kanak-kanak supaya dapat menghabiskan hidangan burger tersebut. 

Rakyat Amerika Syarikat berpendapat bahawa mereka adalah yang pertama untuk menggabungkan dua keping roti dan stik daging cincang ke dalam "sandwich hamburger" dan menjualnya. Idea ini pertama kali dibayangkan dalam tahun 1920-an oleh rangkaian restoran Istana Putih dan visioner Edgar Waldo "Billy" Ingram, dan telah disempurnakan oleh McDonald pada 1940-an. Kemudian Syarikat Makanan Segera iaitu Mcdonald telah memulakan langkah yang bijak untuk menghasilkan burger patty dalam skala yang lebih besar dan menyediakan hidangan burger untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Statistik Makanan Amerika pada tahun 2000 menunjukkan bahawa rakyat Amerika Syarikat rata-rata makan tiga biji burger setiap minggu. 

Reka Cipta 


Penemuan mesin pengisar daging yang pertama berlaku pada abad ke-19 oleh seorang jurutera Jerman yang bernama Karl Drais. Sebelum masa ini, daging akan dicincang dengan menggunakan pahat khusus untuk tujuan melembutkan dan menghancurkan daging didalam penghasilan produk makanan seperti stik dan sausage. Proses ini sangat terbatas kerana jumlah daging lembu yang banyak dan intensif kerja manual masih diguna pakai. 

Kemungkinan besar dengan penemuan pengisar daging dapat menyumbang secara langsung untuk mempopularkan Hamburg steak dikalangan rakyat Amerika pada masa itu.  Dalam masa yang sama, Hamburg stik dapat mengubah polar pemikiran rakayat Amerika yang amat memusuhi askar Jerman secara perlahan-lahan menerima sebarang kemudahan teknologi yang dihasilkan oleh Negara Jerman. Daging cincang juga telah banyak digunakan dalam makanan Amerika yang popular seperti hot dog, pizza, spaghetti dan burger. 

Satu lagi perkembangan yang memudahkan penemuan dan mempopularkan makanan burger adalah keupayaan yang meningkat untuk menghasilkan daging lembu melalui intensifikasi ternakan. Menjelang abad ke-19  semakin banyak tanah telah diterokai bagi tujuan pembukaan ladang ternakan lembu. Sesetengah rakyat Amerika merebut peluang untuk menjadi usahawan ternakan lembu dan lahirlah syarikat terkenal seperti America Dairy Farm dan Amerika Fresh Farm di Texas. Syarikat-syarikat ini dapat memberi peluang pekerjaan yang luas kepada penduduk tempatan dan semakin ramai orang telah diambil bekerja sebagai “koboi” sepenuh masa. Sehinggalah  Amerika Syarikat menjadi salah satu pengeluar daging lembu yang terbesar di dunia. 

Bahan-bahan 


Biasanya sebiji burger dapat dihasilkan dengan hanya sebiji roti dan sekeping daging lembu. Selain dari daging lembu, burger juga boleh dihasilkan dari daging ayam belanda, daging ayam, daging burung unta dan daging rusa. Penghasilan burger pada masa dahulu amat bergantung rapat dengan sumber bahan mentah yang ada di sesuatu tempat. Sebagai contoh di Amerika Syarikat lebih gemar menggunakan Ayam Belanda dari menggunakan ayam kampung. 


Dalam tahun 1930-an  pengetahuan untuk membuat burger semakin meningkat setelah mendapat kritikan dan komen-komen yang mempengaruhi citarasa penduduk Amerika Syarikat. Sesetengah tukang masak menyediakan roti mereka dengan menambah beberapa bahan seperti telur dan serbuk pelembut roti untuk mengasilkan roti yang lembut dan berkualiti. Mana kala dalam penghasilan kepingan daging burger, mereka telah masukan garam,lada dan bahan yang lain seperti pasli, bawang, kicap, sos Thousand Island, bawang campuran sup, atau sos Worcestershire. 


Pada tahun 1869 seorang usahawan yang bernama Henry John Heinz di Sharpsburg, Pennsylvania telah menghasilkan sos tomato secara komersial untuk pasaran seluruh Amerika Syarikat. Rakyat Amerika Syarikat sangat menyukai rasa sos tomato yang dihasilkan oleh Heinz kerana rasanya yang manis dan masam. Sehingga hari ini, rakyat Amerika masih menikmati burger dengan bawang yang diiris halus atau dipotong bulat dan menggunakan sos tomato sebagai sos utama selain dari sos keju.


 Pengkomersilan 


Awal abad ke-20 menyaksikan keperluan untuk menyediakan makanan bagi orang yang tinggal di pusat-pusat bandar yang sangat produktif dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Hidangan Burger amat bersesuaian dengan peredaran masa apabila pelanggan perlu makan  dan mencari hidangan yang "cepat" dan "murah". Kemajuan teknologi dalam bidang pengawetan makanan, dan juga peningkatan dalam pengeluaran pertanian dan pengangkutan, dapat membantu pengusahan makanan segera seperti Mcdonald, Carl’s Junior, Wendy’s dan Sonic untuk menyediakan hidangan burger dalam masa yang singkat disetiap premis atau rangkaian restoran mereka. 


Masyarakat Amerika kontemporari juga menyaksikan penciptaan makanan segera baru yang berasal dari masakan tradisional pelbagai kumpulan etnik dari seluruh dunia. Sebagai contoh, pendatang Jerman Charles Feltman telah mencipta “hot dog” atau sosej pada tahun 1867 di warungnya di Pulau Coney, New York. Teknik penghasilan sosej oleh Charles Fletman hanya mengabungkan frankfurter dengan roti dan ternyata ianya amat berkesan dan laris di pasaran Amerika Syarikat.  

Begitu juga dengan pendatang Itali yang menjual ais krim dengan menggunakan kereta di tepi jalan atau di restoran-restoran mereka. Penghasilan aiskrim secara komersial adalah faktor pembantu kepada pengembangan makanan yang menyediakan hidangan burger di Amerika Syarikat.  Jelas sekali Syarikat makanan segera mengambil kesempatan untuk menyediakan aiskrim sebagai pencuci mulut kepada para pelanggan selepas mereka menikmati hidangan burger. Sehingga hari ini, kita masih lagi dapat lihat hidangan burger dan aiskrim disetiap rangkaian makanan segera yang ada di seluruh dunia termasuklah di Negara kita.






















0 comments:

 
  • Yazid Burger Bakar © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes