Menu

Saturday, August 21, 2010

Rahsia Perniagaan Burger




Setelah hampir 12 tahun menceburi perniagaan burger di tepi jalan, saya dengan rela hati berkongsi ilmu perniagaan burger dengan semua ahli yazidburger. Pelbagai resepi, cabaran dan halangan yang boleh di kongsi bersama untuk sesiapa yang berminat menceburkan diri di dalam perniagaan burger secara praktikal dan efficiency.
Saya akan meluangkan masa untuk memberi sebarang idea dan pandangan kepada yang berminat untuk mendapatkan segala rahsia perniagaan burger. Saya juga akan menunjuk ajar cara-cara untuk membuat homemade burger dan sos.

Sila emailkan nama dan no handphone di yazidburger@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau temujanji. Kandungannya adalah seperti dibawah:

1) BENGKEL PERNIAGAAN BURGER
2) KURSUS MEMBUAT HOMEMADE BURGER DAN SOS

Thursday, March 25, 2010

Panduan Memulakan Perniagaan Burger

Makin hari makin ramai pulak yang bertanya untuk mengetahui selok belok perniagaan buger.Di sini, saya ingin berkongsi sedikit ilmu pengetahuan untuk memulakan perniagaan buger secara 'cost effective'. Perkara-perkara yang perlu kita fikirkan ialah:

1) Modal

Modal untuk memulakan perniagaan buger biasanya di bawah RM1000. Dengan seribu ringgit, kita bole dapat peralatan buger, menu, dah stok awal.Konsep untuk modal RM1 ribu bertemakan pasar malam. Pakai khemah atau payuung dan meja lipat. Bagi yang inginkan kesempurnaan untuk memulakan perniagaan buger, modal yang layak diperuntukan ialah RM5 ribu. Dengan modal RM5 ribu, kita bole membeli stall stainless steal, freezer, genarator, menu, peralatan buger dan stok awal.Anda tidak di galakkan untuk membeli sebarang francais buger kerana pelbagai masalah yang akan timbul selain dari keuntungan yang sedikit. Malah modal yang diperlukan untuk membeli sesuatu francais buger adalah lebih dari RM10 ribu.

2) lokasi

Lokasi adalah penentu untuk sesuatu perniagaan buger itu akan maju atau tidak. Pemilihan lokasi adalah amat penting dan mestilah berdasarkan laluan yang strategik. Contohnya di kawasan taman, 7-Eleven, jalan masuk dan lain-lain lagi. Anda dilarang untuk memulakan perniagaan buger dikawasan yang lebih dari 5 peniaga buger.Sebagai contoh di kawasan Bintang, Seksyen 7. Lebih dari 10 peniaga buger yang bertumpu di kawasan ini. kesannya akan dapat dilihat melalui jualan dan keuntungan.

3) Menu dan Harga

Harga adalah faktor utama untuk menarik hati pelanggan datang membeli buger. Menu yang attractive dan kreatif akan memberi lebih kefahaman kepada pelanggan kita. Biasanya, kita mesti membuat perbandingan harga dengan peniaga buger yang lain sebelum kita memulakan perniagaan buger. Pemilihan competitors untuk membuat perbandingan harga biasanya lebih dari 5 peniaga buger. Selain dari tu, harga biasa yang selalu peniaga buger gunakan ialah harga genap seperti RM 2.40, RM 2.60 atau RM3.00. Jikalau kita menggunakan harga ganjil, anda dinasihatkan untuk menyediakan duit syiling yang lebih.

4) Pembekal

Salah satu faktor yang penting untuk memulakan perniagaan buger ialah senarai pembekal atau pengedar yang berhampiran dengan kita. Pengedar barangan buger adalah amat terhad di sesetengah kawasan khasnya di luar bandar. Biasanya roti buger yang paling susah untuk diperolehi semasa menjalankan perniagaan buger. Di antara pembekal yang selalu saya jumpa ialah WanMart seksyen 17, Iwani, dan lain-lain lagi.

5) Peralatan

Peralatan yang digunakan mesti bersesuaian dengan modal yang ingin kita laburkan.Senarai peralatan peniaga buger yang selalu digunakan:

- Griddle (kuali leper)- dapur- tray- botol sos- scrapper- smasher- tab atau balang mayonis- tab atau balang majerin- lampu kalimantang- frame- pisau- chopping board- gutter- bekas untuk sayur.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan lagi maklumat tentang perniagaan buger, sila hubungi saya 019 688 8709. en yazid.