Cara Tempahan Burger YB

22 comments

Tarikh Kemaskini : 10 October 2012

Sila ikuti arahan seperti di bawah:

1) pemilihan jenis roti ( oregano, garlic, honey oat, dan wholemeals)
2) pemilihan jenis patty ( satay, blackpepper, bbq, mushroom, n tomyam)
3) pemilihan jenis sos ( tomato, cili, mustard, mayonis, thousand island n bbq)
4) pemilhan jenis sayur ( salad, bawang, tomato, timun, kobis, n carrot)
5) pemilihan jenis buahan ( epal, nenas, n zaitun)
6)  pemilihan daging ( ayam atau lembu)
7)  pemilihan sos tambahan ( blackpepper, mushroom, cheezy, n jalepeno)
8)  pemilihan cheese ( 2 keping, 5 keping, dan 10 keping)

Contoh tempahan adalah seperti berikut:

Langkah 1 (untuk pemilihan no .1 hingga no.6 sahaja)
Saya nak tempah burger yb pakai roti garlic, patty nak berperisa blackpepper, taruh sos cili dan mayonis, sayur letak salad, bawang n tomato je, buah nenas skit je, dan saya hendak daging lembu untuk patty burger.

HARGA-HARGA ADALAH SEPERTI BERIKUT
- Sekilo burger RM40.00
- 500 gram burger RM20.00
- 250 gram burger RM10.00

Langkah 2 ( untuk pemilihan no7 hingga no.8 )
Pelanggan-pelanggan diberi pilihan untuk menambah kesedapan burger yb dengan kepingan cheese dan sos tambahan. Ini adalah bergantung kepada citarasa dan selera setiap pelanggan.

Harga yang kami tawarkan:
RM1 untuk sekeping cheeese
RM1 untuk sejenis sos tambahan


Langkah 3
Sila nyatakan tarikh dah waktu untuk terima tempahan anda.
- saya akan ambil hari rabu 15/3/2012 pada pukul 5 petang.

Langkah 3
Sila hantar kan tempahan tadi ke email yazidburger@gmail.com atau sms ke 019 6888709.

BAYARAN SECARA ONLINE UNTUK MENEMPAH BURGER YB
Maybank : starfish enterprise 5581 7210 2825 CIMB : starfish enterprise 1423 0000 3091 06
Selamat mencuba....

Perhatian kepada pelanggan2 yang datang dari luar SHAH ALAM. Tuan2 dan Puan2 dinasihatkan supaya membuat tempahan awal sehari sebelum atau sebelum pukul 5.00 petang setiap hari untuk menjamin makan malam anda bersama burger yb.. Sila hubungi en abu 019 688 8709 untuk membuat tempahan burger anda.

SYARAT PERTANDINGAN MAKAN BURGER YB

3 comments

Pihak kami amat berterima kasih kerana pihak tuan ingin memasuki pertandingan makn burger yang besar - YB- .
Syarat-syarat yang perlu difahami:
1) warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas sahaja.
2) mempunyai rekod kesihatan yang baik.
3) diadakan setiap hari Sabtu dan bermula pada pukul 10.00 malam.
4) lokasi pertandingan di Resepi YB, lot 4, Medan Selera Anjung Seksyen 7.
5) bayaran RM30 untuk seorang peserta.

Syarat-syarat untuk memenangi pertandingan ini:
1) setiap berat burger akan ditimbang dan berat minimum ialah 1.5 kg.
2) setiap saat akan direkod dan masa yang dibenarkan ialah 20 minit.
3) peserta akan kalah sekiranya terdapat saki baki burger selepas masa ditamatkan.
4) peserta dibenarkan untuk mencuba pelbagai teknik memakan burger.

Syarat-syarat lain untuk pertandingan ini:
1) peserta dibenarkan untuk membawa penyokong atau kawan masing-masing.
2) peserta dibenarkan untuk membawa bekalan air minuman sendiri.
3) peserta dibenarkan untuk membawa pulang saki baki burger selepas masa ditamatkan.

Kemudahan yang kami sediakan:
1) sudu, garfu, pinggan dan pisau untuk kemudahan para peserta.
2) gelas dan 1 botol air mineral 1.5l.
3) tisu dan tuala kecil.
 4) spotlight dan muzik untuk merancakkan suasan semasa hari pertandingan.

 PERUBAHAN DAN PEMINDAAN SEBARANG SYARAT DARI PIHAK PENGANJUR ADALAH DI BENARKAN. Peserta hendaklah mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

 HARAP MAKLUM,

 Sekian. Terima Kasih.

 Yazidburger

Pertandingan Makan Burger YB - Yang Besar -

1 comments

Syarat-syarat : 1) warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
2) peserta mesti mempunyai rekod kesihatan yang baik.
3) pertandingan ini hanya di adakan di Resepi yb, foodcourt anjung seksyen 7, Shah Alam.
4) pertandingan ini akan diadakan setiap hari SABTU sahaja dan bermula pada pukul 10.00 malam.
5) peserta mesti menghabiskan sebiji burger dalam masa yang telah ditetapkan.
6) individu sahaja yang boleh memasuki pertandingan ini.
KEPADA ORANG YANG TEREL MAKAN ATAU KUAT MAKAN, ANDA BOLEH MENDAFTAR MELALUI EMAIL. Maklumat yang diperlukan nama penuh dan no handphone sahaja. Hantarkan ke yazidburger@gmail.com. Pendaftaran untuk setiap peserta adalah sebanyak rm30 sahaja. Setiap pemenang akan menerima sehelai t-shirt esklusif dari yazidburger..

Travel Burger : Surabaya, Indonesia

2 comments

Baru-baru ini saya telah travel di Surabaya, Indonesia untuk mencari burger yang paling sedap dan paling terkenal. Menurut sumber yang dipercayai, Kebab baba Rafi adalah francais yang paling berjaya di Indonesia dalam mempromosikan perniagaan burger di tepi jalan. Jangkaan saya berubah setelah melihat sendiri perniagaan makanan ditepi jalan yang dikusai sepenuhnya oleh penjual makanan tradisional Indonesia seperti bakso, ayam penyet dan satay. Akhirnya, saya dapat juga jumpa burger di Surabaya dan menikmati dengan kesedapan yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan burger-burger yang ada di Malaysia.

Travel Burger : Ampang Jaya

5 comments

Hari bersejarah untuk yazidBurger apabila bertemu dengan OM Burger yang paling terkenal dalam industri burger tepi jalan. Saya sempat menemuramah beliau untuk mengetahui serba sedikit tentang sejarah perniagaan burger selama 28 tahun di jalan kerja air lama, Ampang Jaya. Saya rasa amat bertuah kerana dapat mengenali tuan tanah dan sudi berkongsi segala maklumat yang amat berguna pada masa hadapan.
Fakta-fakta menarik tentang OM Burger: 1) sejarah 28 tahun menjual buger di tapak yang sama. Dari dulu sampai sekarang masih mengekalkan 'trademark' beliau. 2) sudah 8 tahun tidak pernah cuti atau menutup gerai buger. Satu pencapaian yang luar biasa untuk seorang penjual buger. 3) biasanya satu malam lebih kurang 300-500 biji buger yang boleh dijual. Ini bergantung kepada faktor cuaca, hari perayaan dan malam minggu.

 
  • Yazid Burger Bakar © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes