banner raya 2010

Sunday, December 25, 2011

Resepi yb


Bermula 1 januari 2012 kami akan beroperasi di lot 2, G-S4, Pusat Perniagaan Anjung 7. Kedai baru kami terletak di belakang Universiti Selangor ( unisel ). Waktu operasi bermula dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Di antara produk-produk yang anda boleh menikmati seperti homemade burger, roti john, kebab, sandwiches, sosej, oblong, twister, and laksa. Perkhidmatan penghantaran juga kami sediakan untuk penduduk di sekitar seksyen 7 Shah Alam.

Sila hubungi en abu di talian 016-2303898.

Friday, December 9, 2011

Kami sedia menerima tempahan ROTI BURGER, PATTY BURGER dan SOS BURGER


PERHATIAN!!!! Kepada semua peniaga burger Di Seluruh MALAYSIA, terutama sekali di sekitar lembah klang. Anda kini berpeluang untuk mencipta sendiri citarasa dalam perniagaan burger anda.

Kami di yazidburger kini menyediakan perkhidmatan untuk mencipta pelbagai citarasa bagi memenuhi kehendak pelanggan anda. Antara produk-produk tersebut adalah seperti dibawah:

1) Roti burger
-Roti garlic
-Roti oregano (rempah)
-Roti mint
-Roti wholemeal


2) Patty burger
- Burger rusa
- Burger arnab
- Burger kambing
- Burger turkey

3) Sos burger
- Sos blackpepper
- Sos cendawan
- Sos kacang

Untuk sebarang tempahan atau maklumat sila hubungi En Abu -016 2303898

Sunday, June 5, 2011

Travel Burger di Vietnam


Vietnam adalah sebuah negara sedang pesat membangun di kalangan negara-negara ASEAN untuk menghadapi era globalisasi yang makin mencabar sehingga hari ini. Makanan-makanan halal masih sukar untuk dicari dan dinikmati dikalangan pelancong muslim. Restoran halal yang terdapat di Vietnam seperti Four Season, Halal Saigon, dan yang paling terbaik ialah restoran Hj Shamsudin ( murah dan sedap).

Dalam mencari burger terbaik di Vietnam, akhirnya saya terjumpa di restoran Halal Saigon. Ada 2 jenis burger sahaja yang dihidangkan kepada pelanggan iaitu burger ayam dan burger lembu. Harga untuk satu set burger termasuk kentang goreng ialah RM 9.00.

Saturday, February 19, 2011

Penggunaan Harga Baru Mulai 1 April 2011



Setelah hampir 2 tahun kami menggunakan harga yang paling manusabah iaitu RM 2.30 untuk sebiji burger biasa, mulai 1 March nanti kami akan menggunakan harga baru iaitu RM 2.50 untuk sebiji burger biasa.
Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang akan kami jelaskan seperti di bawah

1) Kenaikan harga barangan burger
Seperti yang telah di jelaskan oleh pihak Kementerian, Harga Roti burger di naikkan kepada RM 8.30 sebungkus. Selain dari itu, barangan lain yang telah di naikkan harga seperti Telur gred A, bawang, sos cili,dan mayonis.

2)Harga Minimun oleh Persatuan Penjaja Burger

Pada masa ini, Persatuan Peniaga burger Seksyen 7 telah mengeluarkan kata sepakat untuk menetapkan harga yang paling minimun untuk sebiji burger biasa ialah RM 2.50. Bagi peniaga-peniaga yang masih menggunakan harga di bawah harga minimun anda digalakkan untuk mengikut langkah peniaga lain supaya harga burger dapat di seragamkan.

Saturday, August 21, 2010

Rahsia Perniagaan Buger




Setelah hampir 12 tahun menceburi perniagaan burger di tepi jalan, saya dengan rela hati berkongsi ilmu perniagaan burger dengan semua ahli yazidburger. Pelbagai resepi, cabaran dan halangan yang boleh di kongsi bersama untuk sesiapa yang berminat menceburkan diri di dalam perniagaan burger secara praktikal dan efficiency.
Saya akan meluangkan masa untuk memberi sebarang idea dan pandangan kepada yang berminat untuk mendapatkan segala rahsia perniagaan burger. Saya juga akan menunjuk ajar cara-cara untuk membuat homemade burger dan sos.

Sila emailkan nama dan no handphone di yazidburger@gmail.com untuk sebarang pertanyaan atau temujanji. Kandungannya adalah seperti dibawah:

1) BENGKEL PERNIAGAAN BURGER
2) KURSUS MEMBUAT HOMEMADE BURGER DAN SOS

Wednesday, August 11, 2010

Burger Sahur hanya di yazidburger


Sempena bulan ramadan yang mulia ini, kami telah menyediakan menu khas untuk anda menikmati juadah sahur.

Anda boleh menambah citarasa didalam burger sahur dengan pilihan yang pelbagai seperti oblong, daging ayam, daging lembu, kambing, arnab, rusa, dan burger berperisa antaranya ialah satay, cendawan, bbq, blackpepper, tomyam dan rendang. Jangan lupa untuk menambah cheese dan dijamin memberi kesedapan yg sebenar..

Saturday, July 3, 2010

Jawatan Kosong di yazidburger

>Kami memerlukan 3 orang pekerja untuk<

1) Tukang Masak
2) Pembantu Tukang Masak
3) Runner Burger

Jawatan yang ditawarkan untuk part time sahaja. Pelajar Uitm dan Unisel,
lelaki atau perempuan adalah keutamaan untuk mengisi jawatan ini.
Gaji yang ditawarkan dari RM20 hingga RM50 sehari.
Kerja bermula dari 6 petang sampai 1pagi.
Makan dan minum disediakan.
Cuti 2 hari seminggu.

[ Kami akan memberi tunjuk ajar sehingga anda mahir untuk memulakan perniagaan burger sendiri]

Sila hubungi En Abu di talian 019-688 8709 untuk keterangan lanjut.