MENYINGKAP SEJARAH BURGER DI MALAYSIA




      Warganegara Malaysia hari ini adalah sangat akrab dengan jenama makanan segera antarabangsa seperti Kentucky Fried Chicken, McDonald, Burger King, Wendy, Carl Junior dan A & W untuk menikmati hidangan burger yang ditawarkan disetiap rangkaian restoran yang terdapat berhampiran dengan lokasi anda. Ini akan menjadi persoalan yang besar bagi setiap pecinta burger yang selalu tertanya-tanya ‘bila’ dan ‘bagaimanakah’ perniagaan burger bermula di Malaysia. Mari kita meneroka lebih banyak persoalan untuk mencari jawapan apabila saya mewawancara pengasas Ramly Burger iaitu Dato Ramly bin Mokni di kilangnya yang terletak di Cheras. 
Suatu masa dahulu, burger tidak pernah wujud dalam senarai makanan yang terdapat di Tanah Melayu atau lebih dikenali Malaya. Penduduk awal semenanjung Tanah Melayu lebih mengenali masakan traditional seperti nasi lemak dan kuih muih sahaja.  Pengaruh budaya makanan dari luar terutamanya rempah ratus dari negara India seperti jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis, halba campur, ketumbar, buah pelaga, dan bunga lawang telah masuk didalam menu masakan harian penduduk tempatan. Hal sebegini menjadi tunjang perbualan penduduk setempat untuk membeli barangan harian seperti beras, ikan dan sayur di pasar awam setempat. Mereka lebih suka berkongsi dan bertukar resepi makanan sesama mereka untuk dihidangkan kepada keluarga masing-masing.

       Perkembangan pesat perlombongan bijih timah di negeri Perak telah menarik minat pelabur luar terutamanya dari Amerika Syarikat dan Eropah untuk bermaustatin di Ipoh dan Penang. Selaian pelabur, penjajah British lebih awal telah sampai di Tanah Melayu untuk berurusan dengan pembesar-pembesar yang ada di setiap negeri Tanah Melayu. Barang –barang keperluan makanan mereka memang sukar untuk diperolehi disekitar pasar awam tempatan. Oleh itu, Cold Storage telah membuka cawangan di Klang, Penang, Taiping and Telok Anson (Teluk Intan) sebelum tahun 1932 lagi bagi memenuhi permintaan untuk barangan import dari negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah. 

   Pada ketika itu, Republik Singapura merupakan salah satu perlabuhan yang penting untuk perdanganan antara China dan Amerika Syarikat. Barang-barang yang telah diimport akan dibawa masuk melalui pelabuhan di Singapura. Disinilah titik permulaan sejarah burger di Malaysia telah bermula apabila pengurusan Cold Storage telah membuka cawangan di Tanah Melayu selepas Singapura.

   Untuk makluman, Cold Storage merupakan sebuah pasaraya yang berpangkalan di Singapura dengan menjual barangan keperluan harian termasuklah barangan sejuk beku dari luar negara. Selepas tahun 1932, Cold Storage telah berkembang hampir di setiap bandar di Semenanjung Tanah Malayu termasuklah Kuantan dan Johor Bahru. Kebanjiran penjajah British dan sanak saudara mereka ke Tanah Melayu telah meningkatkan lagi permintaan untuk barangan import yang telah dijual di semua rangkaian pasaraya Cold Storage. Dalam masa yang sama, penduduk tempatan juga telah mendapat pendedahan awal kepada barangan yang diimport dari luar negara. Antara barangan yang dijual seperti ubi kentang, tepung, bijirin, roti, susu, coklat, magerin dan lain-lain lagi.

Selepas sejarah perniagaan Cold Storage berkembang di Malaysia, penduduk tempatan telah didedahkan pula dengan hidangan lazat antarabangsa seperti A&W, McDonald dan Burger King selepas negara kita mencapai kemerdekaan yang pertama iaitu 31 Ogos 1957. Pada masa itu, jenama-jenama restoran makanan segera dari Amerika Syarikat telah menjadi peneraju utama dalam industri makanan segera atas faktor memudahkan rakyatnya untuk mendapatkan bekalan makanan yang cepat dan mudah diperolehi disetiap bandar-bandar utama. Kini sejarah burger di Malaysia dapat dilihat melalui kemasukan rangkaian restoran antarabangsa dari Amerika Syarikat yang menghidangkan burger didalam menu harian mereka.

   Restoran makanan segera terkenal yang paling awal dibuka di Malaysia ialah A & W di Batu Road, Kuala Lumpur pada tahun 1963. Pada masa itu, belum ada seorang pun peniaga burger tempatan yang berani mencuba untuk memulakan perniagaan burger di sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia pada dasarnya telah melihat menu atau hidangan burger dan sosej buat kali pertama  di restoran A&W Kuala Lumpur. Namun pun begitu, sambutan awal menu burger dan sosej dikalangan penduduk disekitar Kuala lumpur tidaklah begitu menggalakkan kerana masih kurang promosi dan pengiklanan yang lemah oleh syarikat restoran tersebut. Untuk makluman, rata-rata penduduk Malaysia pada masa itu masih belum ramai yang mampu untuk memiliki television ataupun radio. Malah stesen radio dan television juga masih dikawal oleh pihak kerajaan dan belum ada lagi pembabitan dari pihak swasta yang diberi lesen untuk beropesari. 

   Setelah promosi dan pengiklanan dijalankan melalui van bergerak di seluruh kawasan Kuala lumpur, barulah ramai penduduk disekitar ibu kota telah berani mencuba hidangan burger dan sosej yang ditawarkan oleh pihak restoran A&W. Setelah hampir 7 tahun pihak restoran A&W menyediakan menu burger dan sosej, barulah wujud persaiangan yang sihat dari anak tempatan Kuala Lumpur yang berani memulakan perniagaan burger. Kehadiran mereka menarik perhatian masyarakat setempat untuk mencuba sendiri hasil tangan dan kreativiti dalam penghasilan burger buatan anak Malaysia. Dengan ini bermulalah sejarah burger di Malaysia apabila ramai anak muda tempatan yang berani memceburkan diri dalam dunia perniagaan burger. 

   Jenama burger Angus adalah jenama yang pertama kalinya dibawa masuk dari republik Singapura untuk pasaran burger disekitar Kuala Lumpur dalam tahun 1970. Lokasi utama untuk penjual burger mesti berada di kawasan ibu kota Kuala Lumpur terutamanya Jalan Pudu, Jalan Chow Kit dan Jalan Ampang. Penjual burger selalu memilih perhentian bas dan kawasan pasaraya kerana lokasi ini merupakan tempat perhatian dan tumpuan orang ramai untuk mendapatkan barangan keperluan harian. Setiap penjual burger pada masa dahulu perlu berani dan mempunyai semangat yang kental untuk memulakan langkah menjual burger dikawasan awam. Mereka telah mencipta satu fenomena baru di kawasan ibu kota dengan menolak “Stall Burger” yang disimpan di belakang rumah kedai atau dilorong-lorong jalan utama. 


  Salah satu cerita yang menarik telah dikongsi oleh seorang blogger yang bernama Saifuddin B Yaakub di dalam blognya (http://saifudin-mtb.blogspot.com/2010/12/nostalgia-burger-di-alor-setar) menyatakan bahawa Megat Shaharin adalah penjual burger yang pertama di Alor Star berhampiran dengan pejabat pos di Jalan Tunku Ibrahim. Beliau memulakan perniagaan burger sejak tahun 1975 dan menggunakan jenama Fitzpatrick untuk kepingan daging burger. Pada masa itu hanya beberapa pelanggan sahaja yang akan membeli dan makan burger kerana masih ada halangan untuk mempengaruhi masyarakat di sekitar Alor Star. Penduduk Alor Star masih memerlukan nasi sebagai makanan tradisional untuk makan tengah hari dan makan malam. 


BERSAMBUNG..................

0 comments:

 
  • Yazid Burger Bakar © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes