Yazid Burger : New Outlet

5 comments


Bermula 1 januari 2012 kami akan beroperasi di lot 2, G-S4, Pusat Perniagaan Anjung 7. Kedai baru kami terletak di belakang Universiti Selangor ( unisel ). Waktu operasi bermula dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam. Di antara produk-produk yang anda boleh menikmati seperti homemade burger, roti john, kebab, sandwiches, sosej, oblong, twister, and laksa. Perkhidmatan penghantaran juga kami sediakan untuk penduduk di sekitar seksyen 7 Shah Alam.

Sila hubungi en abu di talian 016-2303898.

Tempahan/Perkhidmatan : ROTI BURGER, PATTY BURGER & SOS BURGER

5 comments


PERHATIAN!!!! Kepada semua peniaga burger Di Seluruh MALAYSIA, terutama sekali di sekitar lembah klang. Anda kini berpeluang untuk mencipta sendiri citarasa dalam perniagaan burger anda.

Kami di yazidburger kini menyediakan perkhidmatan untuk mencipta pelbagai citarasa bagi memenuhi kehendak pelanggan anda. Antara produk-produk tersebut adalah seperti dibawah:

1) Roti burger
-Roti garlic
-Roti oregano (rempah)
-Roti mint
-Roti wholemeal


2) Patty burger
- Burger rusa
- Burger arnab
- Burger kambing
- Burger turkey

3) Sos burger
- Sos blackpepper
- Sos cendawan
- Sos kacang

Untuk sebarang tempahan atau maklumat sila hubungi En Abu -016 2303898

Travel Burger : Vietnam

0 comments


Vietnam adalah sebuah negara sedang pesat membangun di kalangan negara-negara ASEAN untuk menghadapi era globalisasi yang makin mencabar sehingga hari ini. Makanan-makanan halal masih sukar untuk dicari dan dinikmati dikalangan pelancong muslim. Restoran halal yang terdapat di Vietnam seperti Four Season, Halal Saigon, dan yang paling terbaik ialah restoran Hj Shamsudin ( murah dan sedap).

Dalam mencari burger terbaik di Vietnam, akhirnya saya terjumpa di restoran Halal Saigon. Ada 2 jenis burger sahaja yang dihidangkan kepada pelanggan iaitu burger ayam dan burger lembu. Harga untuk satu set burger termasuk kentang goreng ialah RM 9.00.

Penggunaan Harga Baru Mulai 1 April 2011

0 comments



Setelah hampir 2 tahun kami menggunakan harga yang paling manusabah iaitu RM 2.30 untuk sebiji burger biasa, mulai 1 March nanti kami akan menggunakan harga baru iaitu RM 2.50 untuk sebiji burger biasa.
Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang akan kami jelaskan seperti di bawah

1) Kenaikan harga barangan burger
Seperti yang telah di jelaskan oleh pihak Kementerian, Harga Roti burger di naikkan kepada RM 8.30 sebungkus. Selain dari itu, barangan lain yang telah di naikkan harga seperti Telur gred A, bawang, sos cili,dan mayonis.

2)Harga Minimun oleh Persatuan Penjaja Burger
Pada masa ini, Persatuan Peniaga burger Seksyen 7 telah mengeluarkan kata sepakat untuk menetapkan harga yang paling minimun untuk sebiji burger biasa ialah RM 2.50. Bagi peniaga-peniaga yang masih menggunakan harga di bawah harga minimun anda digalakkan untuk mengikut langkah peniaga lain supaya harga burger dapat di seragamkan.

 
  • Yazid Burger Bakar © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes