Burger Pengantin YB : Alami Sensasi Baru Semasa Perkahwinan Anda

Yazid Burger bersama burger pengantin
Burger Pengantin 2012
Tarikh Kemaskini : 10 October 2012

September 2012 : Kami telah menyediakan satu produk baru khas untuk bakal Raja Sehari.Produk yang diberi nama "BURGER PENGANTIN",selain menggunakan kek semasa makan beradab, produk ini direka khas untuk menggantikan tradisi memotong kek.Burger Pengantin, merupakan pembaharuan di dalam budaya perkahwinan di Malaysia daripada kami, Yazid Burger.Idea ini saya perolehi selepas membuat sedikit kajian tentang majlis-majlis perkahwinan di Malaysia dan saya dapati belum ada lagi perkahwinan yang menggunakan burger sebagai hidangan makan beradab. Burger pengantin direka untuk semua jenis perkahwinan tidak kira apa bangsa sekalipun.Saya berfikir tidak salah untuk kita mencuba menggantikan hidangan baru daripada sedia ada.

     Produk "Burger Pengantin" mula dilaksanakan pada pertengahan bulan ini (September).Setakat ini,pihak kami (YB) telah menerima satu tempahan burger pengantin yang telah dilaksanakan pada 16 September 2012 yang lalu.Kami (YB) telah menerima reaksi mengkagumkan daripada orang ramai semasa majlis perkahwinan tersebut dan kami berharap reaksi positif daripada orang ramai tentang produk terbaru kami ini.

      Untuk pengetahuan anda,kami buat masa ini hanya menerima tempahan di AREA SELANGOR SAHAJA.Kami sedang merancang untuk menubuhkan pasukan Burger Pengantin untuk bagi kawasan luar Selangor.Insyaallah jika ada permintaan dari luar kawasan Selangor,kami akan segera memenuhi permintaan anda setelah kami menubuhkan pasukan Burger Pengantin.

    Kami menyediakan tempahan burger pengantin bergantung kepada permintaan samada mahukan burger setingkat,dua tingkat dan sebagainya.Harga pula bergantung pada permintaan.

    Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk alami sensasi terbaru semasa hari persandingan anda..

4 comments:

yazidburger said...

Dapatkan tempahan anda sekarang..Promosikan kepada kawan2 anda

dilla nadila said...

done promote..ramai yang teruja kot idea nie
great job Yazid Burger

http://kimpalkasihduke.blogspot.com/2012/09/burger-pengantin-ke-kek-pengantin.html

yazidburger said...

Thx @dilla nadila....

ketikketok said...

semoga berkekalan jodohnya...jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di MARDI Station CH

 
  • Yazid Burger Bakar © 2012 | Designed by Rumah Dijual, in collaboration with Web Hosting , Blogger Templates and WP Themes